Friday, August 27, 2010

steamboat

Since semalam dah makan terlalu berat di Holiday Villa....maklumlah buffet di hotel ni paling popular kerana pilihan makanan yang bermacam jenis. Sebut je semua ada....dari yang dibakar/golek, yang bergrill, dikukus, digoreng, sup, salad dan yang mentah......maka hari ini saya bertukar selera makan yang rebus-rebus je.....iaitu tomyam sup/steamboat dengan beberapa jenis seafood, sayuran dan tofu/fishball.....tidak terlalu heavy tetapi mengenyangkan.

Ini adalah hidangan paling senang untuk disediakan kerana saya hanya perlu masak supnya sahaja. Anda boleh masak apa saja jenis sup yang disukai, samada tomyam, chicken atau beef soups.

Saya suka makan hidangan ni panas-panas (macam steamboat), maka saya menggunakan electric deep pan yang diletakkan di tengah meja dining.....apabila hampir waktu nak berbuka saya hidupkan switchnya supaya sup tersebut mendidih perlahan-lahan. Masukkan seafood seperti udang, isi ikan dan kupang dulu.....biarkan ia mendidih sebentar, kemudian baru masukkan sayuran, dan tofu/fishball.....fishball tak perlu masak lama, jika terlalu kembang tak sedap pulak.

cara makan/hidang terpulang kepada anda.....boleh makan dengan meehoon, kway teow, nasi, instant noodle atau begitu saja....cicah dengan sos cili thai, kicap pekat manis, kicap pedas atau apa saja sos kegemaran anda...

1 comment:

  1. uhuuuu...this is my feveret too... kalo dah hadap steamboat ni, silap2 MIL lalu pon xperasan...hehehe ;)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...