Sunday, August 8, 2010

sayur lemak pucuk manis/asin

satu lagi hidangan sayur kampung yang sangat saya suka. mungkin ramai yang tak mengenali sayur ini. pucuk asin sedap direbus begitu sahaja dan dicicah dengan sambal belacan atau dibuat sayur lemak dengan ubi keledek merah atau kuning. ia ada dijual di pasar kampung atau pasar tani.

lurutkan semua daun dari batangnya. ramas-ramas dalam air dan bersihkan. rebus biar empuk sedikit. toskan airnya dan masukkan kedalam periok bersama keledek (dipotong kecil-kecil), ikan bilis, bawang merah hiris, cili merah hiris dan santan. masak dan kacau santan sehingga keledek empuk. tambahkan garam dan gula. hidang panas dengan nasi putih.

No comments:

Post a Comment