Sunday, August 22, 2010

nasi minyak

buka puasa hari ni saya buat nasi minyak dengan ayam masak kurma, acar timun carrot dan sambal telur...simple, but my family love it, especially chicken kurma... acar carrot dan timun...ada resepinya pada entri yang lepas, kena search ye... sambal tumis telur....resepinya pun ada pada post yang lepas... chicken kurma... nasi minyak saya simple sahaja....basuh 3 cawan beras basmathi. ketepikan. cincang 1 labu bawang besar dan halia. panaskan minyak sapi anggaran 3 sudu besar dalam kuali. tumis kulit kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang serta bawang dan halia sehingga wangi. masukkan beras yang telah dibasuh tadi dan kacau sebentar sehingga wangi (dalam 5 minit). transfer beras ke dalam periok nasi elektrik...masukkan 1/2 cawan susu cair dan 4 1/2 cawan air. tambahkan 1 sudu teh garam. Masak nasi sehingga kering. buka periok nasi dan renjiskan sedikit air mawar (jika suka) dan kacau rata. tambahkan kismis, daun ketumbar dan gajus.

No comments:

Post a Comment