Tuesday, August 17, 2010

nasi ayam ringkas

petang semalam masak ringkas sahaja untuk berbuka, mood kurang sikit.....masak apa saja yang ada dalam freezer....hasilnya jadilah hidangan caca marba...hehe... nasi ayam ringkas ni senang je....rebus kepak ayam, tengkuk ayam, kaki ayam dan sedikit isi ayam. ketuk halia dan masukkan kedalam sup. rebus selama 15 - 20 minit.
basuh beras dan tuskan airnya. masukkan garam, sos nasi ayam, halia dan bawang cincang, kulit kayu manis, daun pandan dan sedikit serbuk kunyit. tuangkan sup ayam panas tadi kedalam beras. masukkan beberapa ketul bahagian ayam dalam sup tadi seperti kepak, isi atau kaki ayam dan tanak hingga kering. hidang panas dengan ayam goreng, salad, sup dan lain-lain... sambal sosej...hidangan sampingan, kesukaan anak-anak...macam buat sambal biasa, cuma isinya sahaja sosej... sup ayam dengan jagung, ubi kentang, carrot... selain daripada diatas, ada ayam goreng panas dan stir fried vegi...

No comments:

Post a Comment