Monday, August 30, 2010

tepung bungkus

kueh lama yang lemak dan manis...my dh punya favourite ni...tapi nowadays nak cari yang sedap (yang di jual) memang agak payah...sebabnya semua nak untung lebih...letak sikit je santan...end up kueh tu keras dan tak lemak...oleh itu jika nak sedap kenalah buat sendiri...letak santan lebih...

bahan-bahan
2 cawan tepung beras
4 cawan santan pekat
sedikit garam
beberapa helai daun pisang

Inti
1 biji kelapa muda parut
1 ketul gula melaka
3 sudu besar gula putih
1 sudu besar tepung gandum
daun pandan
sedikit air
sedikit tepung pulut

Cara
Kelapa dimasak bersama air, daun pandan, gula dan gula melaka hingga kering. masukkan tepung gandum dan kacau pekat. bulat-bulatkan dan golekkan di atas tepung pulut. ketepikan.

Bancuh tepung beras bersama santan dan masukkan sedikit garam. Kacau hingga separuh masak.

Ambil dua sudu besar bancuhan tepung dan letakkan di atas daun pisang. letakkan tiga biji inti dan tutup dengan dua sudu lagi tepung. tutup daun pisang dan lipat kedua-dua hujung daun seperti melipat kueh lepat pisang.

1 comment:

  1. fav saya gak nie..mmg susah nk carik yg sedap....huhu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...