Friday, August 20, 2010

kudapan rangup 2

Ubi Manis

bahan-bahan:
1 kg ubi kayu
3 cawan gula
1 cawan air
garam secukup rasa

Cara:
rebus ubi dengan sedikit garam sehingga separuh empuk.
biarkan sejuk barulah dihiris nipis-nipis.
kemudian goreng ubi sehingga kekuningan.
masak gula sehingga pekat dan berbuih.
masukkan ubi yang telah digoreng tadi dan kacau sehingga bersira.

Tiram Manis

bahan-bahan:
1 kg tepung gandum
1 sudu besar marjerin
air dan gula secukupnya
minyak untuk menggoreng

Cara:
gaulkan tepung dengan marjerin dan uli sehingga sebati
canai sehingga nipis dan lipat/gulung adunan menjadi selebar 3 inci dan gunting selebar 1 inci.
goreng dalam minyak yang sederhana panas sehingga kekuningan.
angkat dan ketepikan sehingga sejuk. taburkan dengan gula icing.


kedua-dua resepi diatas adalah dari buku kompilasi koleksi 06 Rasa

1 comment:

  1. kalo family nora buat kuih tiram ni..setiap lapisan di sapu dgn satu adunan ni..bukan gulung saja..memg susah nak cari rasa macam kakak nora buat..rangup dia lembut..hehe, nanti nora gtau akak ek..kite share

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...