Sunday, August 15, 2010

kek lapis masam manis

bahan-bahan:
10 biji telur
195g gula halus
453g mentega/butter
300g biskut cream crackers (kisar halus)
10 bungkus asam gambir (asam duit-duit)
397g susu manis
85g kaya
1 sudu kecil vanila
Sedikit pewarna kuning & merah (terpulang)

Cara menyediakan:
1. Mentega dipukul bersama gula hingga kembang. Masukkan telur satu persatu hingga habis dan pukul hingga sebati.
2. Masukkan biskut yang dikisar halus dan gaul lagi. Kemudian masukkan susu, kaya dan vanilla. Gaul hingga sebati
3. Apabila sudah rata, bahagikan kepada 2 bahagian. Satu bahagian
ditambah dengan sedikit pewarna kuning manakala bahagian yang lain
dengan pewarna merah.
4. Panaskan air kukusan hingga menggelegak. Sediakan acuan segi
empat. Lapiskan warna kuning dan tunggu hingga masak. Tutup acuan dengan
aluminium foil.
5. Apabila masak susunkan asam gambir dan lapiskan dengan adunan merah dan kukus semula. Ulang susunan sehingga habis.

Resepi ini adalah sumbangan Idriani bt Darus (members di 1001resepi facebook)

3 comments:

  1. Thank god..akhirnya jumpa resepi ni. Bleh la wat for my mom after this. Ni kek kegemaran dia ^^

    ReplyDelete
  2. kalu nak wat perisa cheese atau horlicks pun blh ikut resepi ni ke?

    ReplyDelete
  3. salam akak...saya nak tanya..bila dah buat satu lapisan.then tutup ngan foil..then letak lagi bancuhan?sori...saya tak jelas sanagt n memang nak cuba buat kuih ni....blh minta k.ida explain skt?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...