Monday, August 23, 2010

karipap daging

semalam saya buat karipap daging....saya jarang buat karipap kerana terasa banyak sangat kerjanya. bermula dari nak mengupas kentang, nak potong cube, nak masak supaya jadi inti, ia mengambil masa yang lama.

kemudian masuk pula bab nak menguli doh dan menyatukan inti karipap dengan doh karipap, nak menggelek doh supaya nipis dan kemudian nak mengelimnya supaya kemas dan cantik. nak makannya sekejap je...gigit 3, 4 kali dah lenyap dalam perut...

karipap yang saya buat ni taklah lawa sangat rupanya....tapi rasanya....hmmm....yummy!...macam bagus je saya ni puji diri sendirikan. Sebenarnya oklah, untuk makan sendiri, bukan nak jualan... Ini adalah karipap saya sebelum digoreng...berkilat dan cantik rupanyakan...

Resepi doh karipap saya ialah:

1 kg tepung
3/4 cawan marjerin yang telah dicairkan
1 cawan air suam/biasa/sejuk....air mungkin perlu ditambah sedikit lagi...
1 sdt garam campurkan dalam air
(texture kulit karipap akan berbeza jika menggunakan suhu air yang berbeza)

panaskan marjerin hingga cair dan tuang dalam cawan pengukur sebanyak 3/4 cawan. letak tepung dalam talam/dulang besar dan tuangkan marjerin panas keatas tepung. perlahan-lahan gaul tepung dengan marjerin hingga menjadi seperti tepung roti. tuang air sedikit demi sedikit keatas tepung dan uli doh sehingga lembut (tambah air jika perlu). tutup doh dah ketepikan setengah jam.

bahagi doh kepada empat bahagian dan canai sehingga leper. gulung seperti menggulung tikar sehingga kemas dan potong doh setebal 1/2 ke 1 inci. canai potongan doh menjadi bulat bujur dan isikan inti...lipat dan kelim hujungnya kemas dan ketepikan. untuk inti karipap saya menggunakan mince beef dan ubi kentang (potong cube). tumis seperti menumis kari daging (tanpa santan). masak sehingga ubi empuk dan kering. biarkan inti sejuk sebelum diisi dalam kulit karipap. Goreng karipap dalam minyak yang sederhana panas sehingga kekuningan.

5 comments:

  1. sedapnyer.. my peberet nie.. tp zura pon malasnyer nk menguli doh.. uli canai.. kelim.. huhuhu.. tp makan nak.. hahaha..

    ReplyDelete
  2. saya buat karipap selalu aje tak cantik. tgn ni susah betul nak klim, akhirnya beli acuan, haaa jadi pun. tapi resepi ni saya nak cubalah, mana tau lebih cantik teksturnya

    ReplyDelete
  3. cubalah.....sebenarnya buat karipap ni senang je....cuma cara kita membuatnya, itu akan beri perbezaan dari segi texture dan kesedapan karipap tersebut.

    ReplyDelete
  4. untuk berapa org mkn kalau 1 kg tepung?

    ReplyDelete
  5. 1kg tepung dapat banyak, saya tak berapa ingat berapa biji karipap...btw kalau berlebihan you just freeze dan karipap ni boleh tahan berbulan lamanya...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...