Sunday, August 1, 2010

kari ikan salmon

Ini hanyalah satu lagi idea untuk masak kari ikan....kali ini saya menggunakan kepingan isi ikan salmon. Pasti jarang kita dengarkan? kari ikan salmon seperti pelik sedikit....tapi anda kena cuba dulu baru tahu.....ikan salmon memang sedap di gril dan steam....walau bagaimanapun masak kari dengan ikan ini tak kurang hebatnya....

Cara saya masak kari ialah....
Bahan-bahan:
2 -3 keping isi ikan salmon
5 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
beberapa helai daun kari
1 sdt halba campur
1/2 cawan air asam jawa pekat
5 sudu besar rempah ikan
air dan santan pekat secukupnya.
bahan rampai seperti bendi dan terung

caranya:
bersihkan ikan, ketepikan.
tumbuk bawang2 hingga hancur. Panaskan 1/2 cawan minyak dan tumis bawang, daun kari dan halba campur hingga bawang kekuningan. masukkan rempah ikan dan secawan air. kacau rata hingga wangi dan minyak pecah.
masukkan air asam jawa, garam dan perisa. masukkan ikan dan air dan rebus sekejap. masukkan santan dan bahan rampai seperti terung, bendi, timun, cili hijau, tomato dll. renihkan perlahan-lahan hingga semua bahan empuk dan lembut.

No comments:

Post a Comment