Tuesday, August 31, 2010

ikan masam manis

bahan-bahan:
1 paket fish fillet (saya guna dory fish fillet dari Tesco)
tepung gandum/tepung kotak berperisa
1 biji telur
garam secukupnya

cara:
potong isi ikan kecil (bite size)
keringkan dan campurkan beberapa sudu tepung dan sebiji telur. gaul rata dan ketepikan selama sejam.
panaskan minyak. deep fry isi ikan tadi sehingga masak atau keperangan. letakkan dalam pinggan hidang.

sos masam manis
1 biji bawang besar potong wedges (memanjang)
1 biji tomato (wedges)
1 batang carrot kecil. potong nipis dan serong
1 biji cili hijau/merah. belah dua, buang biji dan potong nipis.
daun sup/ketumbar

bawang putih dan halia, tumbuk
sos masam manis, sos mangga atau sos nenas
cili blender
garam, perisa dan gula

cara:
panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumis bawang tumbuk. masukkan cili blender dan kacau sebentar. masukkan sos, garam dan perisa. kacau. kemudian masukkan carrot, bawang, tomato dan cili. kacau hingga masak. tambahkan garam dan perisa. tuangkan sos keatas ikan bertepung tadi. hias dengan daun ketumbar. hidang panas.

note: hidangan ini hendaklah disediakan 'last minute', iaitu ketika hendak dimakan/dihidangkan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...