Tuesday, August 24, 2010

ikan bawal masam manis

bahan-bahan
ikan bawal besar
sos mangga/sos nenas
cili blender
bawang besar
cili hijau
cili merah
bawang putih
halia

cara
bersihkan ikan bawal dan potong keping-keping. lumurkan garam dan kunyit dan goreng. ketepikan.
cincang halia dan bawang putih.
panaskan minyak dan tumis bawang putih dan halia hingga wangi. masukkan cili blender dan kacau sebentar. masukkan sos mangga/nenas dan kacau rata. masukkan bawang besar (potong bulat), cili hijau dan merah yang dibelah. akhir sekali masukkan ikan bawal yang telah di goreng. rasa garam, gula dan perisanya. tambah jika perlu. hias dengan daun ketumbar atau sup.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...