Sunday, August 22, 2010

how I bake my chicken?

ini adalah bagaimana cara saya gril ayam.....

1) saya lebih suka ayam dibelah dua (not whole chicken)...sebabnya...I want internal part of the chicken to be thoroughly clean (cuci sebersihnya)...kalau tak nanti tak lalu makanlah...

2) bersih ayam dengan asam limau dan tepung dan kemudian cuci bersih.

3) lebih suka ayam berkulit (jangan buang kulit ayam). lap ayam dengan tisu dapor hingga kering.

4) lebih suka simple ingredients to marinade the chicken....I will marinade the chicken at least two hours before baking....dengan cara ini semua bahan akan meresap dalam isi ayam dan ayam lebih mudah dimasak, lebih juicy dan lebih sedap. Lebih lama ayam di perap lebih baik. Kalau nak perap lama, letak dalam bekas bertutup dan simpan dalam peti sejuk.

5) Lebih suka guna bahan kering berkisar untuk marinade, seperti lada hitam, lada putih, ketumbar, jintan, mustard seeds, salt, kulit lemon, kulit limau, dry herbs, etc instead of bahan cair (sos). Kalau nak mudah beli sahaja ready-made herbs and spices yang banyak dijual dipasaraya....(untuk resepi diatas saya guna ready-made blackpepper and lemon herbs).

6) sapukan seluruh ayam dengan garam kemudian bahan-bahan lain...simpan dalam peti sejuk sebelum di bakar/gril.

7) panaskan oven, sapukan ayam dengan sedikit minyak zaitun/butter. balut hujung kepak, tengkuk dan kaki ayam dengan aluminium foil, kemudian gril selama 30 - 40 minit. terbalikkan ayam dan bakar lagi 20-30 minit. cucuk ayam pada bahagian isi yang tebal dengan pisau kecil yang tajam. jika masih ada cecair yang mengalir keluar ertinya ayam tersebut belum cukup masak. tambahkan masa untuk bakar ayam tersebut selama 5-10 minit lagi (depends on size of the chicken).

8) I prefer to bake chicken in the oven i/o grill atas arang. Why? sebab tak suka makan bahagian ayam yang hitam dan hangus. Lagi pun menurut seorang doktor yg saya kenali (my sisterlah...)bahagian yang hangus ini adalah antara punca penyakit cancer.... jadi jangan suka sangat makan ikan bakar, daging bakar, ayam bakar, satay bakar atau apa saja yang dibakar hingga hitam/hangus terlalu kerap ya...

1 comment:

  1. salam kak, boleh saya tahu ape tujuan balut hujung kepak, tengkuk dan kaki ayam dgn aluminium foil ye?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...