Wednesday, August 25, 2010

dalca

ini adalah kuah dalca yang saya buat semalam....lebih kuah....dan kurang santan....sedap rasanya dan bawah pula adalah kuah dal yang saya buat beberapa minggu yang lalu....agak pekat sikit dan lebih santan....kedua-duanya saya buat dengan cara yang sama cuma hasilnya berbeza....apa-apa pun yang penting rasanya sedaappp....(sorry ya! masuk bakul angkat sendiri...hehe)... dalca one of my hubby's favourite. terutama kalau makan dengan nasi minyak atau roti canai. semalam saya buat dalca.....makan dengan roti canai segera....

bahan-bahan
kacang dal
tulang atau daging lembu/mutton/lamb/chicken
halia

kuantiti untuk bahan-bahan diatas kena agak sendiri....

potong daging kecil (bite size) dan rebus dengan kacang dal sehingga separuh empuk. masukkan beberapa sudu rempah daging dan halia yang dititik. rebus sehingga daging empuk. kacang dal jangan hancur sangat. kemudian masukkan bahan-bahan di bawah (optional) dan masukkan santan. rebus sehingga semuanya empuk, (bahan-bahan ini hendaklah dimasukkan mengikut turutan, iaitu masukkan yang keras dahulu kepada yang lembut). kemudian masukkan bahan perisa seperti garam, gula dan perisa.

lain-lain bahan
ubi kentang
carrot
kacang panjang
tomato
terung
bendi
pisang muda

bahan tumis
kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang, daun kari, bawang merah dan putih (cincang).
panaskan minyak dan tumis bahan-bahan ini sehingga bawang kekuningan. tuang kedalam kuah dal tadi dengan minyaknya sekali. tutup api kuah dal dan kacau sedikit (tumis cara ini saya sebut sebagai tumis darat, iaitu bahan tumis dimasukkan kemudian). sedia untuk dihidang.

kalau makan dengan roti canai sedap kalau ada sambal tumis...

1 comment:

  1. akak...saya tak pandai masak sgt ni..rempah tu ..rempah apa akak maksudkan

    ReplyDelete