Thursday, August 5, 2010

corn pudding (side dish)




Pagi ini berdasarkan cooking demo diatas (saya ada poskan ke fb 1001resepi beberapa hari lalu)saya mencuba resepi ini.....

bahan-bahan yang digunakan ialah

1 paket frozen corn (500g)
1 biji bawang besar
2 cawan susu segar
3 biji telur
1 kotak original muffin mix
1/2 sudu teh garam cincang bawang dan masukkan kedalam food processor bersama frozen corn dan kisar sehingga hancur sahaja... Masukkan 2 cawan susu dan 3 butir telur ayam dan terus kisar hingga sebati. Masukkan garam dan muffin mix dan kisar hingga sebati sahaja... Tuang kedalam bekas tahan panas yang telah di sapu mentega. Bakar dalam oven yang telah di panaskan pada 180 C selama 50 minit... kesimpulannya....since resepi asal tidak menyatakan berat sebenar jagung frozen, jadi saya masukkan kesemua jagung dalam satu paket seberat 500g. Saya tambahkan 1 biji telur menjadi 3 biji kerana telur yang saya beli kecil. Texturenya ok.....cuma ia terlebih manis kerana gula yang sedia ada dalam muffin mix tersebut dan menjadi tidak begitu sesuai sebagai savoury side dish (more like dessert)

Oleh itu, saya cadangkan, tukarkan muffin mix (425g) kepada self raising flour atau pancake flour dan tambahkan sedikit sahaja gula (maybe 1 tablespoon).....saya akan cuba next time menggunakan self-raising flour pula... saya guna muffin mix Nona, jika boleh cuba guna muffin mix produk lain pula...

3 comments:

  1. i am baking this now..
    n using pancake mix..
    tak tambah gula pun sebb tengok dalam tu
    dah ada gula..
    harap2 sedap...insyaALLAH..

    ReplyDelete
  2. masih manis..(sedap)
    next time nak cuba guna SRF pulak..

    ReplyDelete
  3. azizah,
    boleh jadikan corn pudding ni sebagai side dish for grill chicken, etc...

    ReplyDelete