Saturday, August 14, 2010

biskut sultanah

Resepi ini saya petik dari buku masak lama ibu saya......cubalah resepi ini untuk Aidil Fitri anda tahun ini....pasti sedap kerana ini resepi lama...cuma bahannya saja yang baru....mungkin rasanya tak boleh menandingi resepi asli 50 tahun dahulu....tetapi tak mengapa...
1 cawan teh gula halus
1 cawan teh tepung gandum
1 cawan buah prune
1 biji telur ayam
1 cawan teh mentega
1 camca teh baking powder
1/2 camca teh esen vanilla
1) kukus buah prune hingga lembut, kemudian buang bijinya dan dicincang lumat.
2) campurkan gula dan mentega dan gaul rata-rata.
3) masukkan tepung dan baking powder.
4) masukkan putih telur dan uli sedikit.
5) pukul kuning telur diasing tempatnya.
6) masukkan esen vanilla kedalam adunan itu.
7) bahagi dua adunan itu dan canai satu bahagian dahulu.
8) ambil buah prune tadi dan sapukan rata-rata diatas keping yang telah dicanai tadi.
9) canai pula yang lagi satu bahagian itu dan tangkupkan ia diatas keping yang sudah bersapu prune.
10) sapu rata-rata kuning telur diatasnya.
11) cucuk-cucuk dengan lidi kemudian potong kira-kira 1 inci lebar dan 2 inci panjang.
12) susun atas dulang dan bakar selama 20 ke 25 minit.

p/s....ketika kecil saya pernah makan kuih ini yang dibuat oleh mak saya dan memang sedap sangat...

No comments:

Post a Comment