Wednesday, August 18, 2010

beehoon goreng dengan ketam

Banyak komen yang saya terima melalui facebook yang merasa pelik bila saya postkan foto diatas. Tapi sebenarnya taklah pelik....meehoon goreng ketam samalah macam kita goreng meehoon dengan udang, sotong, daging atau ayam...apa yang peliknya....lagi sedap sebenarnya berbanding udang dan sotong kerana apabila perisa dari air ketam itu bercampur dengan perencah meehoon ia menjadikan rasa meehoon itu lebih manis. ketam memang sedap, tak kira apa cara yang kita masak.

Ada yang kata, susahnya nak makan beehoon dengan ketam. Sebenarnya nak makan ketam, tak kira samada nak makan ketam sahaja, sebagai lauk dengan nasi atau dengan beehoon memang leceh (bukan susah). Sedangkan meehoon digoreng dengan udang pun kita terpaksa kopek kulitnya dulu baru boleh di makan isinya (kecualilah kulitnya dikopek terlebih dahulu sebelum digoreng), inikan pula ketam.

Sebenarnya saya mendapat idea untuk goreng beehoon dengan ketam setelah menonton rancangan yang dihostkan oleh Anthony Bourdain dalam jalan-jalan cari makannya di kota Singa (Singapore). Beliau menjamu selera disebuah Chinese Restaurant yang popular dengan hidangan beehoon goreng dengan ketam. Cuma cara masakan restaurant itu berlainan (Singapore style fried beehoon' iaitu beehoon goreng putih). Memang kelihatan sedap hidangan tersebut.....

Sejak menonton rancangan tersebut, saya kerap masak beehoon dengan ketam dalam beberapa cara....kadang-kadang saya menggunakan cili padi sahaja supaya warna beehoon putih dan semalam saya menggoreng cara biasa (guna cili kering blender).

Tumis bawang putih (banyak) dan sedikit halia yang telah di tumbuk....masukkan cili blender atau cili padi (option) dan sedikit udang kering (tumbuk). Kacau hingga wangi baru dimasukkan ketam. Kalau ketam tu besar sangat potonglah kepada empat bahagian. Potong pendek kaki ketam dan cabut sepitnya. Buang bahagian tajam sepit ketam dan ketuk-ketuk sedikit supaya pecah dan mudah untuk dimakan. Saya masukkan kulit ketam yang telurnya melekat kerana disinilah terdapat banyak perisa air ketam yang menyedapkan beehoon tersebut (ada yang pelik mengapa saya masukkan kulit ketam tersebut, bukannya boleh makan)....

Masukkan perisa (garam, sos ikan, gula, perisa). Masukkan meehoon (yang telah direndam) dan sayuran (jika guna)....akhir sekali masukkan taugeh. taburkan daun sup/ketumbar dan bawang goreng jika suka. Masa nak hidang tinggalkanlah kulit ketam tu dalam kuali... Singapore style fried beehoon

2 comments:

  1. akan saya try balik nanti. tak pernah dengar pun sebelum ni orang goreng bihun masuk ketam. huhuh..

    http://wanshah87.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. sy pun nak try gak,tp sy pun ade tgk yg anthony tu mkn meehon kat s/pore tu..mmg meleleh tgk...huhu,menyelerakan..

    ReplyDelete