Friday, July 23, 2010

sup tulang

Bahan-bahan
2 kg tulang lembu/ tulang kambing/ tulang rusa
5cm halia
6 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah
1 biji bawang besar
3 kuntum bunga lawang
6 biji buah pelaga
7 kuntum bunga cengkih
1 batang kulit kayu manis
2 sudu makan rempah sup atau 1 bungkus sup bunjut
air secukupya untuk merebus tulang
3 biji ubi kentang, belah 4
garam dan serbuk perisa secukupnya

Cara Membuat
1) Kisar bawang dan halia. Tumis bahan kisar dan kesemua bahan rempah dengan sedikit minyak sehingga wangi. Masukkan air, tulang dan rempah sup. Rebus tulang sehingga benar-benar empuk.
2) Setelah empuk masukkan ubi kentang dan rebus lagi sehingga ubi empuk. Rasa garam dan gula.
3) Hidang panas ditabur dengan bawang goreng dan daun sup yang dihiris halus.

No comments:

Post a Comment