Malam tadi saya mencari tomyam yang sedap kerana dah lama tak bertomyam. Teringat beberapa minggu lalu (sebelum ke UK) kami makan di sebuah restoran thai di One Utama (Good Evening Bangkok). Since, ketika itu Hani dan Eka tiada bersama, jadi malam tadi kami keluar menjamu selera di restoran tersebut.
Memang tomyam di GEB sangat sedap, apakah perisa yang mereka gunakan.....susah nak agak. Mungkin mereka punya resepi tersendiri dalam penyediaan pes tomyam.....tapi satu yang saya lihat, mereka menambahkan sedikit santan kedalam soup tomyam mereka. Rasanya juga sangat pedas dan warna supnya merah....sedap dan berapi-rapi tatkala menikmati tomyam GEB.
Hari ini saya pun nak cuba jugalah buat tomyam seperti restoran GEB....saya menambahkan sedikit santan dan cili blender kedalam supnya disamping lain-lain bahan untuk tomyam. Hmmm.....walaupun tak 100% rasa macam tomyam GEB tapi pada saya ok jugalah. Saya suka dan anak-anak juga suka (itu yang penting). Saya menggunakan pes tomyam knorr (anda boleh gunakan apa saja pes tomyam yang anda suka). Pastikan ia dalam kuantiti yang banyak.
Sayuran untuk tomyam biasanya saya suka campurkan bunga kobis (putih), carrot, straw mushroom, bawang besar putih dan kobis.
Note: jangan masukkan terlalu banyak santan (ini bukan gulai lemak). Cukup sekadar untuk mengeruhkan warna sup dan membangkitkan sedikit rasa lemak. Banyakkan cili padi dan pes tomyam. Ops! satu yang saya lupa ialah daun ketumbar....masukkan sedikit daun ketumbar yang di carik-carik kedalam sup tomyam anda.
bawah; tomyam di good evening bangkok, one utama.
daun sup kenal..
ReplyDeletedaun ketumbar yg mana ek..
thanks for sharing...kalau kat penang ni tomyam paling sedap kat bangkok tom yam. diorang letak condense milk bukan santan...
ReplyDelete