Friday, July 23, 2010

sambal tumis ikan bilis petai

banyaklah pulak resepi sambal ikan bilis petai kkida ni....sorrylah ek! ni semua resepi lama masa mula-mula kkida buat blog ni...

petai walaupun berbau tetap jadi kegemaran ramai...tak kira apa kaum di negara kita ni, cina, melayu, india memang suka makan petai...pelik gak kan...benda berbau macam petai ni pun orang suka makan...tapi memang kkida ni pun hantu petai ni...kalau mak kkida lagilah...petai mentah dengan nasi pun jadi...takyah lauk lain...rugilah orang yang tak suka makan petai...hehe....

Bahan-bahan
1 cawan ikan bilis, goreng setengah garing
1/2 cawan petai, tak perlu buang kulit, hanya dikikis sedikit dan belah dua.
10 biji cili kering, dikisar
2 ulas bawang putih, tumbuk
1/2 cawan air
2 sdb air asam jawa
1 biji bawang besar, potong bulat
1 sdk serbuk belacan
2 sdb gula
garam secukup rasa
minyak untuk menumis

Cara Membuat
Tumis bahan blender hingga garing. Masukkan air asam jawa dan belacan. Kacau hingga wangi.
Masukkan gula, garam, petai dan bawang besar. Kacau sebentar.
Kemudian masukkan ikan bilis dan setengah cawan air dan masak sehingga mendidih dan pekat.
Boleh dimakan dengan nasi putih atau nasi lemak.

No comments:

Post a Comment