Thursday, July 22, 2010

rendang pedas opah



rendang pedas resepi ibu ku yang memang sedap...yang ni my mum guna ayam kampung...simple yet delicious...

Bahan-bahan1 ayam, potong 16
3 sdb rempah rendang
6 sdb cili boh
1 sdb serbuk kunyit
2 biji bawang besar
2 batang serai
3 cm halia
3 cm lengkuas
5 - 10 biji cili padi
4 sdb kerisik
1 cawan santan pekat
3 helai daun limau purut
1 helai daun kunyit
1 batang kulit kayu manis
Bunga lawang
cengkih
air asam jawa
garam dan gula

Cara Membuat1) Blender bawang besar, serai, halia, lengkuas, cili padi dan perapkan dengan ayam bersama cili boh dan rempah rendang selama sejam.
2) Masukkan ayam kedalam kuali besar dan campurkan lain-lain bahan kecuali santan, kerisik serta daun kunyit dan daun limau.
3) Masak atas api sederhana selama 20 minit atau sehingga air kering. Tambah sedikit air asam jawa.
4) Masukkan santan, kerisik dan lain-lain bahan
5) Rasa garam dan gula dan masak lagi selama 10 minit. sehingga rendang sedikit pekat.



No comments:

Post a Comment