Tuesday, July 20, 2010

rendang minangkabau

resepi rendang ni saya petik dari buku resepi lama (tahun 50an) mak saya....memang tiada photo dan saya juga belum pernah membuatnya....tetapi saya pasti is sedap kerana ini resepi asal minang. Minangkabau terletak di Sumatera....rendang ini tidak asing lagi bagi orang Malaysia kerana ramainya pendatang Indonesia yang telah menetap di Malaysia dan memperkenalkan resepi serta juadah mereka disini...

Bahan-bahan
1 kati daging
15 biji lada kering
sedikit cili padi
sekerat halia
3 batang serai
sekerat lengkuas
10 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 helai daun kunyit
garam secukup rasa
2 biji buah kelapa

Cara membuatnya
1) Potong daging dan dibersihkan
2) Parut kelapa
3) Rendang suku bahagian daripada kelapa parut dan dijadikan kerisik.
4) 3/4 bahagian lagi dicampur air dan perah santannya.
5) Giling semua rempah sehingga halus.
6) Gaulkan dalam kuali rempah giling dengan daging dan jerangkan atas api.
7) Setelah daging empuk, masukkan santan dan garam.
8) Setelah mendidih, masukkan kerisik, perlahankan api dan biarkan rendang tersebut masak. Kacau sekali sekala.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...