Thursday, July 29, 2010

nasi impit goreng

Sebenarnya resepi ini pernah saya postkan kesini, mungkin atas kesilapan teknikal ia hilang dari blog ini. Oleh itu kini saya postkan sekali lagi.......

Jika anda ada lebihan nasi impit, cubalah resepi ini;

Bahan:
Nasi impit, potong kiub

tumbuk,
bawang merah, bawang putih, cili padi (kuantiti terpulang kepada kebijaksanaan anda)
goreng,
ikan bilis sehingga garing.
bawang goreng

lain-lain bahan:
cili blender, kicap masin, kicap manis, garam, perisa.
telur (dipukul sedikit)
taugeh dan daun sup

cara:
tumis bahan tumbuk hingga wangi, masukkan sos dan kicap serta serbuk perisa. pecahkan telur dan masukkan nasi impit. kacau rata. akhir sekali masukkan taugeh dan ikan bilis dan daun sup. kacau rata. hidang panas.

2 comments:

  1. saya rasa kak ida ni mmg kreatif sangat dengan pelbagai resepi...banyak belajar dari kak ida..thanks..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...