Friday, July 23, 2010

Makaroni Salad

Bahan-bahan
1 paket 500g makaroni, masak mengikut arahan pada
bungkusan
2 ketul isi ayam yang sudah di grill, sebarang perisa dan
boleh dibeli di supermarket, potong kecil-kecil
3 keping daging sandwich, cincang
1 biji zuchini dipotong kiub kecil-kecil
1 batang lobak merah potong kiub
3 biji bawang kecil, cincang
3 sdb minyak zaitun
daun basil, coriander,
Serbuk perisa ayam
Sos lea and Perrins
serbuk lada hitam
garam dan gula secukup rasa

Cara Membuat
1) Letak macaroni dalam mangkuk besar. Masukkan ayam dan daging sandwich cincang.
2) Panas minyak zaitun dan tumis bawang, masukkan serbuk perisa ayam, zucchini, lobak merah, sos lea and perrins, serbuk lada hitam.
3) Kacau sebentar dan rasa garam dan gula.
Tuang kedalam macaroni dan gaul rata. Masukkan lain-lain bahan.
4) Sedia untuk dihidang.

No comments:

Post a Comment