Friday, July 23, 2010

Makaroni dengan Bebola Daging

Makaroni dengan meatball atau bebola daging sesuai untuk jamuan harijadi atau dinner party. Amat mudah dan ringkas. Jika tidak sempat untuk membuat meatball sendiri anda boleh boleh beli frozen meatball atau chicken ball, tetapi rasanya tidaklah sesedap home- made meatball. Jika anda suka pedas tambahkan lebih chilli boh atau lada hitam... Bahan-bahan
500g daging lembu cincang (ground beef)
300g sosej atau meatball
1 tin cendawan butang
1 cawan kacang peas
1 cawan cendawan segar
200g bawang merah, cincang
1 tin kecil kacang panggang
1 tin krim tomato atau tomato sup
1 packet macaroni
keju cheddar atau mozarella

Bahan perisa:-
3 sudu besar kicap cair
secubit serbuk pala, oregano dan lada hitam
garam, gula, sos Lea & Perrins

Cara Membuat
Masak macaroni mengikut arahan pada bungkusan. Tuskan dan gaulkan dengan sedikit mentega, serbuk oregano dan lada hitam. Gaul sebati dan ketepikan.
Tumis daging cincang lebih kurang 5 minit. Angkat dan ketepikan. Tumis bawang merah selama lima minit. Masukkan cendawan butang, ground beef, kacang peas, cendawan segar, kicap cair, serbuk pala, oregano dan lada hitam. Gaul rata.
Gabungkan kacang panggang dan sup krim tomato. Tambahkan 1 sudu besar gula, 1 camca teh garam dan 1/2 camca sos Lea & Perrins.
Susun dalam bekas kaca/casserole:- Masukkan setengah macaroni, meatball/sosej, campuran daging cincang dan ulang sekali lagi.
Bakar dalam oven 180C selama 20 minit. Taburkan cheese keatas macaroni dan grill lebihkurang 5 minit.

No comments:

Post a Comment