Friday, July 16, 2010

mac and cheese

Sejak makan macaroni and cheese di Inverness, saya 'berazam' untuk mencuba mac and cheese bila sampai kerumah nanti, dan hari ini saya kotakan azam saya itu....hehe...tetapi masalahnya, bahan tidak mencukupi dan saya hanya menggunakan apa sahaja bahan yang ada dalam fridge (kerana malas nak ke Tesco). Dengan panduan beberapa resepi mac and cheese dari internet dan buku resepi, saya olah sendiri resepi ini dan hasilnnya.......

resepi saya
1 packet macaroni
susu
butter
grated cheese, saya menggunakan cheese cheddar dan mozarella (2 cawan)
1 small can seafood spread (boleh ganti dengan tuna spread)
breadcrumbs
salt

caranya mudah saja:
rebus macaroni hingga lembut (masukkan 1 cawan susu dalam air rebusan, garam dan sedikit butter)
setelah lembut, toskan dan masukkan kedalam mangkuk. Gaulkan dengan sedikit butter. Masukkan cheese, garam dan gaul sebati (sehingga cheese cair). Kemudian masukkan satu can seafood spread dan gaul lagi. Tuangkan kedalam bekas tahan panas, taburkan cheese keatasnya dan juga breadcrumbs. Bakar sehingga sedikit kekuningan dan cheese cair.

"SEDAP JUGA WALAUPUN TAK CUKUP BAHAN......"

note: cheese yang sesuai untuk mac and cheese ialah cheddar cheese, sharp cheddar cheese, cream cheese, monterey jack cheese, parmesan cheese. Ada juga yang tambahkan sour cream. Bahan-bahan lain terpulang kepada selera anda. Anda mungkin boleh tambahkan can of salmon, tuna, cook prawn, cook chicken meat dan dry herbs.

No comments:

Post a Comment