Sunday, July 25, 2010

tip di dapur

1) Jika ikan disimpan terlalu lama dalam peti sejuk mungkin tekstur ikan menjadi tawar dan kurang segar. Cara mudah untuk mengembalikan kesegarannya ialah dengan merendam ikan yang masih beku kedalam susu segar selama 15 minit dan masaklah seperti biasa.

2) Untuk mempercepatkan proses memasak ayam kampung agar cepat empuk. Bungkus ayam kampung sebentar dengan daun betik. Getah dari daun betik akan menyerap sekaligus melembutkan tekstur daging ayam kampung.

3) Untuk mewangikan ikan kukus perap ia dengan perahan air limau nipis selama kira-kira sejam sebelum dikukus. Kemudian cincang halia dan masukkan kedalam insang ikan sebelum dikukus. Ia akan menambahkan wangi pada ikan dan enak dimakan.

4) Cara mudah untuk menghilangkan bau hanyir ikan ialah dengan menggunakan air basuhan beras. Rendam sebentar ikan dengan air beras. Satu lagi cara ialah dengan menggunakan asam keping atau asam jawa terutama untuk mencuci ikan sungai. Ramas asam dengan ikan dan biarkan seketika.

5) Kulit udang jangan dibuang. Bersihkan dan rebuskan kulit udang tersebut. Biarkan ia sejuk kemudian dikisar sehingga hancur dan kemudian ditapis. Gunakan air tersebut didalam pelbagai masakan anda, seperti dicampur kedalam kuah mee, sayuran, sup dan sebagainya. Kulit udang kalau dibiar lama dalam tong sampah akan cepat busuk dan berulat. Untuk mengelakkan ini berlaku siram kulit udang dengan air panas sebelum dibungkus dan dimasukkan kedalam tong sampah. Selain tidak berbau ia juga dapat mengelakkan daripada dihurung lalat.

6) Cara mudah untuk menghilangkan bau hanyir ikan ialah dengan menggunakan air basuhan beras. Rendam sebentar ikan dengan air beras. Satu lagi cara ialah dengan menggunakan asam keping atau asam jawa terutama untuk mencuci ikan sungai. Ramas asam dengan ikan dan biarkan seketika.

7) Jika ingin kurangkan pahit peria sebelum dmasak, rendamkan peria kedalam air garam selama 20 - 30 minit.

8) Untuk mengembalikan kesegaran atau kehijauan brokoli, masukkan brokoli kedalam air sejuk. Pastikan ia terendam sepenuhnya didalam air. Biarkan selama sejam. Hasilnya brokoli akan menjadi hijau dan segar.

No comments:

Post a Comment