Thursday, July 22, 2010

kueh peneram

kueh peneram atau ada yang panggil kueh telinga keling...ngapalah burok bebeno nama di bagi kat kueh yang sedap camni...mentang-mentanglah warnanya gelap...tak pasal-pasal telinga keling jadi bahan...hehe....sorry ek!

Bahan-bahan
250 g tepung beras
250 g tepung gandum
1/2 cawan gula pasir
2 cawan air
1 1/2 cawan gula kabong (gula melaka)
Minyak utk menggoreng (deep fry)
Sedikit garam

Cara Membuat
Ayak tepung gandum dan tepung beras. Masukkan gula pasir dan gaul rata.
Larutkan gula kabong dan garam ke dalam air, tuangkan ke dalam adunan tepung. Kacau rata dan ketepikan selama 30 minit.
Panaskan minyak dengan api perlahan. Canai adunan tepung dan terapkan bentuk kuih peneram, samada menggunakan acuan yang dijual atau dengan menggunakan tangan (secara manual). Goreng kueh hingga timbul dan masak (sentiasa kacau supaya kueh masak sama rata) .
Jika adunan melekat ketika menerap, taburkan sedikit tepung gandum pada tempat mencanai, acuan dan tangan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...