Friday, July 23, 2010

kueh bangkit

'Melt in your mouth', lembut, gebu dan wangi. Ini adalah ciri-ciri yang sepatutnya ada pada kueh bangkit atau kueh bakar yang sedap. Kuih bangkit diatas adalah yang paling enak yang pernah saya makan, so far. Setiap kali makan kuih bangkit (walau dimana), pasti saya teringat kuin bangkit ini (foto) yang hanya boleh di perolehi dengan tempahan awal, sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum raya. Pembuatnya tinggal nun jauh di Parit Buntar, Perak dan setiap kali musim raya beliau akan mendapat tempahan lebih daripada 15,000 biji kueh bangkit ini. Tak cukup tangan di buatnya.

ini adalah resepi lama dari koleksi buku resepi ibu saya.

Bahan-bahan
3 cawan tepung sagu
4 biji telur
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula halus
1 sdk baking powder
sedikit esen ros dan esen vanilla

Cara membuatnya
1) Pukul telur dan gula hingga kembang masukkan esen ros, ketepikan.
2) Campurkan kedua-dua jenis tepung ke dalam sebuah bekas dan gaul rata.
3) Masukkan baking powder ke dalam tepung.
4) Masukkan campuran tepung ke dalam telur dan uli sedikit.
5) Canai doh dan terap dengan acuan berbentuk daun atau acuan pilihan anda.
6) Susun atas dulang pembakar dan bakar selama 20 hingga 30 minit.

1 comment:

  1. Saya dok cari2 kuih bakaq ni..x sangka kak ida ada post..tq tq..nnti nk try buat utk raya...:)

    ReplyDelete