Thursday, July 1, 2010

kek suji

Kek Suji memang sedap dimakan. Saya jarang jumpa orang membuat kek ini pada musim perayaan. Mungkin kerana tiada resepi yang baik dan sedap. Disini saya ingin kongsikan dengan anda satu lagi resepi lama dari buku masakan ibu saya, iaitu Kek Suji. Terdapat dua resepi Kek Suji dalam buku ini dan saya akan postkan kedua-duanya sekali. Ukuran yang diberikan adalah dalam bentuk lama; iaitu kati dan tahil. Saya tidak pasti bagaimana untuk convert kepada ukuran metrik.....

Kek Suji 1
Bahan-bahan
10 biji telur ayam
10 tahil gula pasir
10 tahil tepung suji yang telah ditumbuk halus
3 sudu besar mentega
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh esen vanilla atau esen ros

Cara membuatnya
1) Pukul telur dengan gula hingga kembang.
2) Ayak tepung dengan baking powder dan campurkan sedikit-sedikit kedalam adunan diatas.
3) Masukkan esen vanila dan kacau rata.
4) Panaskan acuan kek dan sapukan dengan mentega atau minyak kelapa.
5) Tuangkan bancuhan kek kedalam acuan dan bakar sehingga masak.


Kek Suji 2
Bahan-bahan
24 oz mentega
24 oz gula
20 biji telur ayam
1 kati tepung suji
(dibahagi kepada 2 bahagian. Satu bahagian ditumbuk halus dan satu lagi tidak)
1 kati tepung gandum
2 sudu teh esen oren (orange essence)
Serba sedikit - kundur, kismis, halwa kulit limau dan buah badam
2 sudu teh baking powder

Cara membuatnya
1) Pukul mentega dengan gula hingga kembang.
2) Masukkan telur satu persatu sambil terus di pukul adunan tersebut.
3) Ayak tepung gandum dengan baking powder dan campurkan kedalam bancuhan diatas.
4) Masukkan tepung suji dan kacau sebati. Masukkan esen oren.
5) Masukkan lain-lain bahan (halwa, badam dan kismis) dan gaul rata.
6) Tuangkan bancuhan diatas kedalam acuan kek yang telah dialas dengan kertas dan disapu mentega.
7) Bakar kek diatas api perlahan selama 30 minit.

Nota:
Halwa mesti di basuh dan dijemur selama dua hari sebelum digunakan.
Halwa-halwa hendaklah digaulkan dengan sedikit tepung sebelum dimasukkan kedalam adunan kek.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...