Thursday, July 29, 2010

kari/pajri nenas

masak pajri nenas sama seperti masak kari daging atau ikan. guna rempah daging dan mesti ada kerisik.

resepi saya;
tumbuk lumat bawang merah, bawang putih dan sedikit halia.
lain bahan untuk menumis ialah
bunga cengkih, kulit kayu manis, bunga lawang dan daun kari (jika ada).

panaskan minyak dalam kuali/periok dan tumis bahan diatas hingga kekuningan. bancuh beberapa sudu rempah daging dengan sedikit air dan kemudian masukkan kedalam bahan tumis tadi. masukkan segenggam udang kering/hidup dan biarkan mendidih.

kupas kulit nanas dan potong mengikut ukuran yang disukai. masukkan kedalam rempah tadi, tambahkan sedikit air dan masak dengan api sederhana hingga nanas separuh masak. kemudian masukkan santan, cili hijau belah dua, garam, gula dan perisa serta kerisik. masak lagi dan biarkan kuah nya pekat sedikit. angkat dan hidangkan dengan ikan goreng, telur masin dan sambal belacan....sedap!

selain nenas, terung panjang, buah amra, peria boleh juga di buat pajri.

1 comment:

  1. Ok..may be aturan nora masak tak betul kot..nanti nora try ikut ajaran akak ek..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...