Monday, July 26, 2010

ikan bakar sambal kecap

makanan sihat dan ringkas. ikan talapia bakar dan sambal kecap sebagai pencicah.

ada berbagai cara untuk membuat sambal kecap. resepi ringkas yang biasa saya buat ialah cili padi dan bawang merah kecil (dicincang halus), sedikit belacan (dibakar), air asam jawa, kicap manis dan kicap masin.
anda boleh tambahkan sedikit daun kesum (dicincang), very ripe tomato (dicincang) dan asam limau (gantikan dengan asam jawa).

bersihkan ikan talapia, lumurkan sedikit garam jika suka. balutkan dengan daun pisang atau daun lengkuas. sapukan sedikit minyak pada kuali grill (supaya tidak melekat) dan bakar ikan di atas api sederhana sehingga masak rata. tutup kuali grill supaya panasnya sekata.

ikan boleh juga dibakar dalam oven grill. kepanasan terpulang kepada jenis oven yang digunakan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...