Saturday, July 31, 2010

gulai lemak ikan dengan belimbing buloh

Ini adalah masakan kegemaran mak saya.....beliau memang suka masak gulai lemak dan dirampaikan dengan sayuran atau buah kampung seperti ini.

Mak saya berasal dari negeri Perak, jadi cara masakannya juga adalah mengikut cara masakan dari tempat asal kelahirannya. Gulai lemak mak saya mungkin sama dengan gulai lemak yang biasa anda masak. Ia dicampur dengan bahan asas yang ditumbuk seperti bawang merah, putih, halia, serai dan cili padi. Kemudian bahan tumbuk ini dimasak bersama santan hingga mendidih. Masukkan ikan, perisa dan bahan rampai seperti asam belimbing, terung, bendi dsbnya. Gulai lemak selalunya dimasak menggunakan santan pekat dan ditambah asam keping. Anda juga boleh masukkan daun kesum jika suka untuk menambahkan kelazatan dan aroma serta kesedapan gulai lemak anda....

1 comment:

  1. Jln2 cari resepi. Pokok belimbing dpn rumah tgh berbuah dgn jayanya :-)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...