Friday, July 23, 2010

gemblong

Kuih gemblong sangat popular dan banyak dijual di Puncak iaitu perjalanan diantara Jakarta ke Bandung. Kueh ini agak liat dan manis dan memang saya suka beli jika melalui Puncak untuk ke Bandung. Tatkala membelek buku resepi masakan Indonesia disebuah kedai buku di Power Centre saya ternampak resepi kuih gemblong. Memang lama juga saya mencari resepi ini, lalu saya membeli buku tersebut. Selain resepi kueh gemblong terdapat banyak lagi resepi lain yang juga menarik.

Bahan-bahan
200g tepung pulut
1/2 biji kelapa parut
2 sdb tepung sagu
1 sdt garam
2 sdb air kapur
100 cc santan cair dari 1/4 biji kelapa, didihkan.
minyak untuk menggoreng

Sira gula
50cc air
150g gula melaka
75g gula pasir

Cara membuatnya
1) Campur dan gaul tepung pulut, kelapa parut, tepung sagu, garam dan air kapur. Masukkan santan panas sedikit demi sedikit sambil digaul sehingga adunan boleh dibentuk.
2) Bulat-bulatkan adunan sebesar telur ayam dan leperkan sedikit. Goreng sehingga kekuningan. Tuskan.
3) Sira gula; campurkan semua bahan dan masak sehingga pekat dan berbuih. Kecilkan api dan masukkan kuih yang telah di goreng tadi. Kacau rata-rata sehingga gula menyalut. Tuskan.

No comments:

Post a Comment