Wednesday, July 28, 2010

fried chee cheong fun

biasanya kita makan chee cheong fun dengan sos kicap manis, sos chili dan ditaburkan dengan bijan. selain itu kita boleh pelbagaikan cara makan chee cheong fun ini dan salah satunya ialah dengan cara menggoreng seperti menggoreng kway teow. bahan-bahan tumis sama seperti menggoreng mee dan char kway teow. saya suka tambahkan pelbagai jenis sos dan kicap sebagai perisa seperti sos tomato, sos tiram, sos chili, kicap manis, kicap masin dan kicap cair. lain-lain bahan ialah udang, telur dan sayur-sayuran.

bahan tumis
untuk 3 paket chee cheong fun....
3 ulas bawang putih, 3 ulas bawang merah dan sedikit halia...tumbuk hancur

tumis bahan ini hingga wangi kemudian masukkan beberapa sudu cili blender dan kacau hingga wangi, masukkan udang dan sos tomato, tiram, kicap manis, kicap cair, garam, gula dan perisa. kacau hingga pekat, pecahkan 2 biji telur dan masukkan sawi (jika guna). kacau sekejap kemudian masukkan chee cheong fun dan kacau hingga sebati dengan sos. akhir sekali masukkan taugeh, cili merah/padi cincang dsbnya...angkat dari kuali, taburkan bawang goreng dan hidang panas.

3 comments:

  1. pernah makan yong tau foo tak? selalunya dijual dipasar malam....fishball, fishcake, fucuk, sosej, etc....pilih2 then dicelur dan dipotong. makan dgn sos manis dan sambal. chee cheong fun adalah noodle yang panjang warna putih macam kuehteow tu, dicelup sekejap dalam air panas dan terus dipotong2....

    ReplyDelete
  2. kat mana boleh beli chee cheong fun tu ek...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...