Friday, July 23, 2010

chocolate souffles

Bahan-bahan
4 sudu besar gula kaster
200g coklat masakan, potong kecil-kecil (coklat makan)
50g mentega, potong kecil-kecil
3 biji kuning telur
7 biji putih telur
1/4 cawan gula caster, ekstra
1 sudu besar serbuk koko

Cara Membuat
1) Gris sepuluh mangkuk tahan panas ukuran 1/2 cawan dengan mentega.
2) Taburkan seluruh permukaan dalam mangkuk dengan gula. Susun dalam dulang bakar.
3) Campur coklat dan mentega dalam bekas tahan panas atas air mendidih. Pastikan bahagian bawah mangkuk tidak mengenai air panas. Kacau hingga cair. Alihkan dari api, masukkan kuning telur.
4) Pukul putih telur dalam mangkuk besar sehingga kembang, perlahan-lahan masukkan ekstra gula dan pukul sehingga gula sebati.
5) Masukkan perlahan-lahan putih telur dengan menggunakan pemukul telur kedalam adunan coklat. dan kacau perlahan-lahan.
6) Bahagikan adunan kedalam mangkuk tadi dan bakar selama 12 minit dalam oven yang telah dipanaskan pada 180°C.

No comments:

Post a Comment