Monday, July 19, 2010

buah asam keping

Anda pernah lihat pokok asam gelugor/asam keping. Beginilah rupanya. Asam keping banyak digunakan dalam masakan Melayu terutama masakan lama seperti laksa, asam pedas, pindang, asam rebus, gulai lemak ikan, asam tumis, rendang dan banyak lagi resepi yang memerlukan rasa masam. Pokok asam keping tinggi, berkayu keras dan buahnya lebat. Ia banyak didapati dikawasan kampung. Gambar ini saya ambil di sebuah rumah jiran di kampung ibu saya, Kuala Kangsar. Inilah pertama kali saya melihat pokok asam keping.

1 comment:

  1. mmg susah sket nak tgk pokok asam gelugor ni... pucuk dia warna merah2 sket boleh dibuat ulam :)

    ReplyDelete