Saturday, July 24, 2010

biskut semperit

Resepi 'evergreen' dari buku resepi lama ibu saya yang ingin saya kongsikan dengan anda iaitu biskut semperit. Biskut semperit memang popular satu ketika dulu dan amat jarang ditemui sekarang. Terdapat dua resepi biskut semperit dari buku resepi lama ibu saya dan saya akan postkan kedua-dua resepi tersebut.

Resepi 1
Bahan-bahan
3 oz gula halus
4 oz mentega
4 oz tepung gandum
1 biji telur
sedikit baking powder
sedikit esen vanila

Cara membuatnya
1) Pukul telur dengan gula
2) Masukkan mentega
3) Ayak tepung dengan baking powder dan masukkan kedalamnya
4) Masukkan esen vanila dan uli sedikit
5) Masukkan adunan kedalam acuan semperit dan terus di terap ke atas dulang pembakar
6) Bakar selama 20 hingga 25 minit

Resepi 2
Bahan-bahan
3 oz gula pasir (85g)
4 oz mentega (113g)
7 oz tepung gandum (200g)
2 sudu besar susu pekat
1 biji telur
2 camca teh baking powder
sedikit esen vanila
2 sudu besar koko

Cara membuatnya
1) Gaulkan gula dengan merah telur
2) Masukkan baking powder dan pukul sedikit biar sebati
3) Masukkan esen vanila
4) Masukkan mentega
5) Kemudian masukkan tepung gandum dan uli sedikit
6) Bahagikan doh kepada 2 bahagian
7) Campurkan 1 bahagian doh dengan koko dan uli sedikit
8) Masukkan kedua-dua doh berselang-seli kedalam acuan semperit
9) Terapkan keatas dulang pembakar dan bakar selama 15 ke 20 minit

cara lain (my method): campur gula dengan merah telur (guna hand mixer), masukkan planta dan esen vanila dan mix hingga agak kembang dan sebati...ayak tepung dengan baking powder (saya tambah 2 sudu besar tepung jagung) dan campurkan ke adunan tadi...gaul atau uli hingga sebati...bahagi dua bahagian....next step sama seperti cara buat diatas (ori)....bakar pada suhu 170 to 180 (preheated oven) antara 12 ke 15 minit...

Nota: Tiada sebarang perubahan dibuat terhadap resepi diatas dan tiada suhu oven diberikan.
Jika anda telah biasa membuat kek dan biskut pasti anda tahu bagaimana cara untuk mengadun resepi diatas. Cubalah.... Pasti enak untuk hidangan raya ini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...