Saturday, July 24, 2010

biskut keracis badam

Ini juga adalah resepi biskut dari buku resepi 50an ibu saya....biskut ini mengandungi badam...pasti sedap rasanya....

Bahan-bahan
2 1/2 oz mentega
2 oz gula halus
4 oz tepung gandum
1 oz badam, di kisar (ground almond)
1 biji kuning telur
sedikit serbuk penaik
sedikit vanilla
kismis (raisins)

Cara membuatnya
1) Campurkan kuning telur dengan gula, kacau hingga sebati (beat egg yolk with sugar)
2) Masukkan mentega dan di gaul hingga sebati (add butter)
3) Masukkan badam, serbuk penaik, esen vanila dan tepung gandum. Uli sedikit (add ground almond, baking powder, vanilla and flour and knead lightly)
4) Masukkan doh ke dalam acuan semperit (berbentuk zigzag) dan tekan ke atas dulang pembakar (doh akan keluar memanjang). Potong kepada ukuran 2 inci. Aturkan kismis ke atas biskut dan bakar selama 15 ke 20 minit (Roll out dough and cut into desired shape, decorate with raisins and bake for 15 to 20 minutes)

No comments:

Post a Comment