Saturday, July 24, 2010

biskut butter keracis

salah seorang pembaca blog saya, Arif berkata, ibunya pernah membuat cookies ini dan rasanya memang sedap. Ini adalah resepi lama tahun 50an daripada buku koleksi resepi mak saya. Aidil Fitri akan menjelma tak lama lagi, saya harap anda boleh mencuba biskut ini kerana resepi lama tak pernah mengecewakan. Jika boleh saya mahukan feedback dari anda...

Bahan-bahan
2 biji telur, ambil kuning sahaja (egg yolk)
3 oz gula kaster (castor sugar)
3 oz mentega (butter)
6 1/2 oz tepung gandum (plain flour)
1 sudu kecil serbuk penaik (baking powder)
sedikit buah badam (almond)
sedikit esen vanilla

Cara membuatnya
1) Pukul mentega dengan gula (beat butter and sugar)
2) Masukkan sebiji kuning telur dan pukul sedikit (add 1 egg yolk and mix)
3) Ayak tepung dan serbuk penaik (Sift together flour and baking powder)
4) Masukkan tepung kedalam sebuah bekas dan campurkan esen vanilla dan gaul rata (Put flour in a bowl, add vanilla and mix well)
5) Masukkan tepung kedalam adunan mentega tadi dan uli sedikit (Add flour to butter mixture and knead lightly)
6) Canai adunan biskut dan diterap dengan acuan (Roll out dough and cut into desired shape)
7) Sapukan dengan kuning telur dan aturkan buah badam (Brush with egg yolk and decorate with almond)
8) Bakar selama 20 minit (Bake for 20 minutes)

No comments:

Post a Comment