Thursday, July 1, 2010

ayam spring

Seorang kawan yang menjadi agent Tupperware menunjukkan demo resepi ayam ini dengan menggunakan product Tupperware. Resepinya simple dan sedap. Anda harus mencuba resepi ini.

Bahan-bahan
1 ekor ayam (potong ikut suka)
3 sudu gula perang
1 sudu besar madu
2 sudu besar planta
1 cawan air panas

Bahan kisar
2 inci halia
4 batang serai
4 labu bawang besar
6 ulas bawang putih
1 sudu kecil jintan manis
1 genggam cili kering (goreng tanpa minyak sebelum di kisar)

Cara membuatnya
Semua bahan kisar tadi di perapkan dengan ayam selama 15 minit. Masukkan planta kedalam fryer dengan secawan air panas. Kemudian masukkan ayam yang telah di perap tadi. Masak sehingga ayam empuk dan kuahnya kering.

Hidangkan bersama nasi panas atau roti.

No comments:

Post a Comment