Saturday, July 24, 2010

asam jawa

Buah asam jawa mempunyai banyak kegunaan. Selain digunakan dalam masakan, buahnya juga boleh dimakan begitu sahaja ataupun ditambah dengan gula. Selain itu asam jawa juga digunakan secara tradisional bagi mengubat batuk dan perit tekak.

Selain itu, buah asam jawa ini juga sering digunakan sebagai herba di kebanyakan negara Asia terutamanya di Tahiland. Masyarakat di sana menggunakannya secara meluas untuk tujuan perubatan. Kebanyakan masyarakat di sana bahkan di Malaysia juga mempercayai bahawa amalan minum air asam jawa dapat membantu menurunkan suhu panas dalam badan.

Selain sebagai bahan penambah perisa dalam masakan atau sebagai bahan utama untuk menghilangkan bau hanyir ikan, ada juga yang suka menjadikan ia sebagai bahan masakan utama seperti masakan sayur asam. Sayur asam ini adalah paling sesuai disajikan bagi mereka yang hilang selera khususnya ketika demam. Kandungan nutrisi di dalam masakan ini sudah memadai untuk membantu memulihkan lesu badan ditambah lagi dengan kehadiran sayuran lain seperti kacang panjang, putik jagung dan sebagainya didalam masakan tersebut.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...