Friday, July 23, 2010

acar rampai atau acar pulang ari

resepi ini saya perolehi dari buku resepi ibu saya, saya belum cuba lagi resepi ni dan hanya nak share dengan anda...Insyaallah jika saya buat nanti saya akan uploadkan gambarnya disini...

Bahan-bahan utama
2 kati mentimun - dipotong-potong
1 kati lobak merah - dipotong-potong
4 tahil halia muda - di mayang halus-halus
20 ulas bawang merah - di belah dua atau empat
20 ulas bawang putih - di belah dua
10 biji lada merah - di belah dua, buang bijinya (tangkainya jangan dibuang habis)

Bahan giling
30 biji lada kering - 15 biji dibuang bijinya
2 inci kunyit
4 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 inci halia

Lain-lain bahan
2 cawan minyak kelapa
2 camca besar biji sawi (jika suka)
2 cawan cuka
1 cawan gula pasir
ajinomoto dan garam secukup rasa

Cara membuatnya
1) Potong mentimun sepanjang 2 inci, buang isi (empulur ditengah) kemudian dibelah empat atau sebesar mana yang anda suka. Begitu juga dengan lobak merah (potong seperti mentimun).
2) Masukkan semua bahan-bahan utama kedalam sebuah mangkuk besar, taburkan garam halus dan digaul rata, biarkan selama sejam. Selepas sejam basuh dengan air sejuk dan tuskan.
3) Biji sawi di goreng tanpa minyak sehingga hampir garing. Buangkan kulitnya dan ambil isinya sahaja.
4) Panaskan minyak kelapa didalam periok. Masukkan bahan giling dan kacau rata, kemudian masukkan cuka, gula, ajinomoto dan kira-kira satu cawan air sejuk dan didihkan setengah jam. Kemudian tutup api dan masukkan bahan-bahan utama. Biarkan selama setengah jam sebelum dihidang.

Nota: Olahlah resepi diatas mengikut kemahiran anda.

No comments:

Post a Comment