Sunday, June 20, 2010

taucho ikan

Ini adalah antara resepi terawal yang saya belajar dari mak. Saya gelar ini masakan orang ‘malas’. Kenapa? sebabnya bila saya malas nak masak dan nak cepat, inilah yang saya masak. Senang sangat, suruh je pembantu rumah goreng ikan atau ayam, potong bawang, timun, cili padi atau cili hijau. Tumis bawang putih dan halia yang dicincang halus, kemudian masukkan dua, tiga sudu besar taucho, goreng sekejap biar wangi kemudian masukkan air, cuka, dan potongan bawang, timun dan cili. Biar mendidih, tambahkan gula jika suka tetapi tak perlu garam kerana taucho memang masin dan ikan yang kita goreng tadi juga sudah bergaram. Angkat dan tuangkan kuah taucho ini atas ikan. Hidangkan panas-panas. Dah siap hidangan ‘orang malas'

No comments:

Post a Comment