Sunday, June 20, 2010

meehoon sup/soto

Meehoon sup dan soto lebih kurang sama. Bahan-bahan yang digunakan tiada banyak berbeza. Meehoon sup/soto memang popular, itulah sebabnya dimana-mana sahaja juadah ini mudah didapati tak kira samada di pasar malam, warung dan gerai, restauran malah di hotel-hotel yang bertaraf lima bintang. Memang tidak dinafikan ia adalah juadah yang sangat menyenangkan dan digemari terutama ketika kita tidak terlalu lapar tetapi dalam masa yang sama ingin menjamu selera bersama rakan-rakan dan keluarga.

Walaupun kelihatan ringkas, tapi membuatnya agak remeh juga dan mengambil masa yang agak lama. Selain meehoon/suhun serta sup yang harus direbus lama, terdapat bergedel dan lain-lain bahan sampingan seperti daun sup, bawang goreng, tahu goreng, sambal kicap dan sebagainya. Meehoon sup sedap dimakan panas-panas. Rebus ayam (kaki, tengkuk, kepak, tulang dan 4 keping dada ayam dengan 5 liter air).
Masukkan; 2cm halia (diketuk), sup bunjut (saya guna sup soto mak siti), 2 sdk serbuk ketumbar, 1 sdk serbuk jintan manis dan puteh, 1 sdk serbuk lada hitam, 2 sdt garam. Rebus sehingga dada ayam benar-benar empuk. Keluarkan dada ayam dan terus rebus sup. Tambahkan air jika perlu. Masukkan serbuk perisa (kiup atau sos ikan), beberapa biji cili padi (jika suka pedas) yang di tumbuk. Tambahkan garam jika perlu. Akhir sekali masukkan (jika suka) sedikit cendawan kering (rendam terlebih dahulu) dan fishball. Lain-lain bahan ialah: meehoon yang telah dicelur....anda boleh goreng atau celur suhun, terpulang pada selera masing-masing. bawang kecil goreng tahu goreng daun sup dan sambal kicap......tumbuk 10 biji cili padi dan 3 ulas bawang putih hingga lumat. Masukkan kicap manis dan sedikit cuka dan kacau rata. lobak masin....goreng garing dan potong kecil-kecil. isi ayam tadi diracik atau carik-carikkan... bergedel

2 comments:

  1. saya nak tanya la mcm mana nak buat bergedel tu?? saya da try buat smlam tp x menjadi la.. x same mcm bergedel kat kedai.. tq

    ReplyDelete
  2. salam mai,
    resepi bergedil ada kat blog ni...cuba mai search...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...