Wednesday, June 16, 2010

masak lemak udang dengan belimbing buluh

Masakan orang kampung.

Bahan-bahan
200g udang segar
1 cawan belimbing buluh
1 cawan santan pekat
1 cawan santan cair
1 batang serai, dititik

Bahan tumbuk
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
5 biji cili padi
1 cm kunyit hidup

Cara Membuatnya
Caranya adalah sama seperti anda membuat gulai lemak cili padi. Bersihkan udang, belimbing di belah empat. Campurkan semua bahan ke dalam periok kecuali santan. Didihkan perlahan-lahan selama 10 - 15 minit. Masukkan santan dan didihkan atas api perlahan sambil di kacau. Masukkan garam dan sedikit gula atau serbuk perasa. Hidang dengan nasi panas-panas.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...