Sunday, June 20, 2010

macaroni bakar dengan sosej

Bahan-bahan
2 cawan makaroni, rebus mengikut arahan pada bungkusan
5 ketul sosej, potong 1 cm panjang
1 batang lobak merah, potong kecil
1/2 biji zuchini, potong cube
1 cawan cendawan butang segar, potong nipis
2 biji tomato, cube
1 tin sos pasta (original)
3 sudu besar sos cili manis
1 sudu besar cili kisar (pilihan)
1 sudu kecil serbuk perisa ayam
1 sudu besar gula
1 sudu kecil daun rosemary, oregano dan basil kering
1 1/2 cawan parutan cheese (cheddar atau mozarella)
sedikit minyak zaitun
2 biji bawang putih dicincang

Cara membuat
1) Tumis bawang putih cincang dalam minyak zaitun hingga kekuningan. Masukkan cili kisar dan kacau hingga wangi. Kemudian masukkan sos dan lain-lain bahan mengikut turutan diatas.
2) Kacau hingga sos pekat. Rasa garamnya. Masukkan pasta yang telah direbus tadi dan kacau sebentar.
3) Tuangkan pasta kedalam bekas kaca yang lebar (13" X 9"). Taburkan cheese diatasnya. Bakar selama 15 minit atau sehingga cheese kekuningan. Angkat dan hidangkan.

No comments:

Post a Comment