Wednesday, June 16, 2010

kway teow ladna daging

Saya mula-mula menikmati hidangan ini semasa lunch di Kelab Golf KGPA. Selepas itu saya berusaha mencari resepi ini di majalah dan buku resepi koleksi saya. Akhirnya saya menjumpai resepi ini dalam salah satu majalah masakan tempatan dan mencubanya. Resepi ini mudah diikuti dan rasanya .......hmmm...

Bahan-bahan
1 bungkus kueh teow
4 mangkuk sup ayam
300g daging lembu, batang pinang (dipotong nipis dan lebar-lebar)
Segenggam sawi, potong panjang
1 cawan halia dihiris nipis dan lebar-lebar
kicap manis dan kicap masin
serbuk lada putih
2 biji telur
garam secukup rasa
1 kiub perisa ayam
sedikit bancuhan tepung ubi dan air

Cara Membuat
1) Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan goreng sebentar kueh teow dengan kicap masin dan manis. Kuantiti kicap terpulang kepada selera anda. Angkat dan letakkan kedalam mangkuk lebar dan dalam.
2) Dalam kuali yang sama tambahkan sedikit lagi minyak dan goreng daging dengan halia sehingga daging garing dan masak. Angkat dan letakkan daging atas kueh teow tadi.
3) Sekarang buatkan kuahnya. Tuang sup ayam tadi kedalam kuali yang sama. Biar mendidih. Masukkan sawi, kiub perisa, lada sulah garam secukup rasa. Pekatkan dengan bancuhan tepung ubi.
4) Akhir sekali masukkan telur dan kacau perlahan-lahan. Biarkan sebentar. Tuang kuah keatas kueh teow tadi dan hidangkan panas-panas.
5) Jika anda suka pedas, potong cili padi atau cili hijau besar, rendamkan dalam cuka dan sedikit kicap...

3 comments:

  1. kak ida kalau guna tepung jagung boleh ker?

    ReplyDelete
  2. boleh, asalkan boleh memekatkan kuah...:)

    ReplyDelete
  3. nak try utk berbuka nih..thanks kak!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...