Saturday, June 26, 2010

kek pelangi

kek dari buku resepi lama....

bahan-bahan:
4 cawan tepung kembang (self raising flour)
10 butir telur ayam
1/2 cawan mentega
secubit garam
1 camca teh esen ros
1 camca teh esen vanila
pewarna merah dan hijau
3 cawan gula tumbuk (icing sugar?)
cara membuatnya:
1) pukul gula dengan mentega hingga kembang
2) pecahkan telur dan asingkan merah dari putihnya
3) masukkan kuning telur sebiji-sebiji kedalam adunan terus dipukul
4) pukul putih telur hingga naik
5) masukkan garam kedalam tepung dan masukkan kedalam adunan berganti-ganti dengan putih telur
6) bahagikan adunan kepada 3 bahagian, lebihkan sedikit yang berwarna putih dan warnakan yang lagi dua itu. satu dengan warna merah dan satu dengan warna hijau
7) kepada adunan yang putih masukkan esen ros dan kepada adunan merah dan hijau masukkan esen vanila
8) alas acuan dengan kertas minyak dan sapu dengan mentega
cara mengatur coraknya:
1) tuang kedalam acuan itu adunan yang putih, biar rata setebal 2 inci. ini lapisan pertama
2) tuang pula adunan yang merah ditengah jangan sampai ketepi acuan. tinggalkan anggaran satu inci dari tepi. ini lapisan kedua
3) tuang pula adunan yang hijau dan jangan sampai ketepi yang merah. tinggalkan juga satu inci dari tepi yang merah. ini lapisan ketiga
4) bahagian lapisan yang keempat, tuang adunan yang putih biar rata-rata dari tepi hingga ketengah. bakar atas api sederhana selama 30 ke 40 minit.

No comments:

Post a Comment