Sunday, June 13, 2010

gulai ketam dengan nenas

resepi saya untuk masak lemak ketam paling mudah;

Tumbuk beberapa biji bawang merah, cili padi dan kunyit hidup. Bersihkan ketam, potong dua jika perlu. Masukkan ketam kedalam kuali. Masukkan bahan tumbuk tadi dan serai (dititik). Masukkan pati santan dan sedikit air dan nenas (dipotong kecil). Masak hingga mendidih, masukkan daun kunyit, garam dan perisa.

Ketam tidak mengambil masa yang lama untuk masak.

Hidang ketika panas. Kuah lemak ketam memang manis dan sedap (mixture dari air ketam dan nenas)

No comments:

Post a Comment