Friday, June 11, 2010

kway teow goreng udang dan kerang

Bahan-bahan
1 bungkus kuey teow basah
10 ekor udang besar
1/2 cawan kerang yang telah direbus dan dikupas
2 biji telur di pukul sedikit
1/2 cawan kucai
1 cawan taugeh
bawang goreng
1 sudu besar cili boh
3 ulas bawang puteh dan 2 ulas bawang merah, ditumbuk halus
1 sudu besar kicap cair, kicap manis, kicap pekat
1 sudu kecil serbuk perisa ikan bilis
garam dan gula secukup rasa
minyak untuk menumis

Cara Membuat
Panaskan minyak dalam kuali
Tumis bawang hingga wangi, masukkan cili boh, udang kacau sebentar dengan api kuat
Masukkan telur dan kemudian masukkan kuey teow dan kerang
Tambah semua perisa dan kacau sebentar dengan api sederhana.
Akhir sekali masukkan taugeh dan kucai
Angkat dan letak dalam mangkuk. Taburkan bawang goreng dan daun bawang/sup yang dihiris halus.
Hidang panas dengan cili padi jeruk.

No comments:

Post a Comment